Make your own free website on Tripod.com
DURIANDURIANDURIAN
This Page: http://nornaim.tripod.com










;

SIMPTOM PENYAKIT DURIAN


PENYAKIT TANAMAN DURIAN

Penyakit Tanda -tanda Kerosakan Kawalan
Penyakit Cendawan Angin 

Batang dan cabang yang dijangkiti menunjukkan keruping yang berwarna merah muda.

Serangan yang teruk menyebabkan pucuk layu,daun gugur dan dahan mati

Selalu terjadi pada musim hujan .

  • Pangkas dan musnahkan bahagian berpenyakit.
  • Pastikan cantasan sempurna dijalankan untuk pengudaraan yang baik.

 

Penyakit Jelaga Hitam 

Tompok hitam pada permukaan buah dan daun .

Kulat ini hidup atas manisan yang dikeluarkan oleh koya.

  • Kawal serangga dengan racun serangga seperti white oil (15ml/4.5liter air).

 

Penyakit Kulapuk Berdebu 

Maisillium yang berwarna putih kelihatan atas permukaan buah.

Pada buah putik ia boleh menyebabkan buah merekah dan gugur.

  • Sembur dengan racun kulat jenis sulfur (kadar 0.1-0.2%b.a)

 

Penyakit Bengkak  Cerana 

Pengeluaran damar dari batang.

Warna kulit kayu berubah menjadi perang gelap.

Bagi pokok yang diserang teruk, daun akan gugur dan bunga keluar denganbanyakan .

Pokok akan  mati rosot.

  • Baiki saliran di kawasan tanaman.
  • Elakkan keadaan lembab di sekeliling pangkal akar pokok.
  • Bagi pokok yang teruk diserang ,siram racun kulat seperti (kadar200g/18 liter air) setiap pokok.Pada tanda -tanda baru ,kikis permukaan kulit dan cat dengan racun  (kadar 10-12g/liter air) atau  (kadar 500g/liter air) atau 
  • Gunakan bancuhan sebagai suntikan ke batang utama dengan kadar 10-60ml sepokok.
  • Elakkan  pokok daripada mendapat cedera di bahagian akar dan pangkal pokok dekat permukaan tanah .

Penyakit Bintik Daun 

Bintik perang dikelilingi dengan tisu berwarna kuning (yellow halo ).Selalu terjadi semasa musim hujan .

 

  • Pastikan pengudaraan yang baik di tapakan  semaian .
  • Sembur denganracun kulat seperti mancozeb atau maneb(kadar 0.1% b.a)

 

Penyakit Bintik Algae 

Tompok- tompok perang  kemerahan yang berupa baldu pada permukaan daun  dan ranting - ranting .Daun menjadi kekuningan dan gugur.

  • Tentukan pokok dibaja secukupnya .
  • Pastikan cantasan sempurna dijalankan .
  • Pastikan juga jarakan  tanaman mengikut yang disyorkan 

Penyakit Akar Reput

Pokok kelihatan kuning dan layu .Bila akar diperiksa kelihatan tisu reput berawarna hitam .

  • Pastikan saliran sempurna .
  • Cabut dan musnahkan pokok yang teruk diserang .
  • Siram denganracun seperti fosetyl aluminium (kadar 5-10g/liter air) atau metalaxyl(kadar 200g/18 liter air ) atau 
  • Suntik ke batang utama dengan bancuhan phosphorus acid dan air (nisbah 1:1) dengan kadar 10 -16ml sepokok.
Penyakit Akar Putih

 

Pokok yang diserang kelihatan  kuning dan layu .

Pada bahagian akar pula terdapat bebenang putih .Tisu akan ar didapati reput .

  • Pokok yang teruk diserang disyor cabut dan musnahkan semua bahagian akan ar .
  • Elakan kan menanam semula dalam lubang yang sama .
  • Untuk kawasan bekas tanaman getah pastikan pembersihan ladang dijalankan dengansempurna .
Penyakit - Nematod Xiphinema

Pokok kelihatan bantut dan tidakan  sihat .Pada bahagian akar pula terdapathujung akan r yang membengkakan  ,lama -kelamaan akar menjadi kering .

 

  • Pastikan saliran air baik .
  • Tentukan pokok dibaja secukupnya.

 



MAIN PAGE

KANDUNGAN ZAT MAKANAN

 

 

 

 

 


This Page : http://www.durian.net/index.htm
Copyright 1999-2003
Email: lionelbauer@yahoo.com